Thursday, May 28, 2009


Tiga orang buah hati yang menceriakan hidup aku dan suami. Yang sulung Nurul Sahira, selalu inginkan perhatian lebih, suka menyakat, selalu menyakitkan hati tetapi rajin berkemas( bila inginkan sesuatu dr aku dan suami), kedua Ain Syafika, manja lebih, kuat merajuk ( mewarisi perangai ibunya kot........). Sungguhpun perangainya begitu, orangnya cukup penyayang dan prihatin. Si bongsu pulak nama Muhammad Syakir Zarif, cute orangnya dan mengambil perangai kedua2 kakaknya. Pening kepala dibuatnya ditambah dengan suami yang berjauhan tp..........hidup mesti diteruskan kerana merekalah hartaku di akhirat....

Wednesday, May 27, 2009

Esok Hari Ulangtahun Perkahwinan aku yang ke 10 . Diam tak diam dah 1 dekad kami bersama. Aku harap ikatan kami berkekalan ke akhir hayat. Terima kasih abang kerana bersabar melayani kerenah ku.
Terima kasih kepada sesiapa saja yang mengajar aku menghasilkan sebuah blog tentang kehidupan. Harapan aku semoga ada yang sudi berkongsi cerita suka dan duka tentang sebuah kehidupan