Sunday, September 27, 2009

Aktiviti masakan setiap hari Jumaat bersama murid-murid. Seronok budak2 ni memasak. Macam-macam makanan yang telah kami masak dan makan bersama-sama......

Thursday, July 23, 2009

Perasaan kasih dan sayang itu merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap makhluk yang bernyawa tidak kira antara manusia dan manusia ataupun manusia dan haiwan. Kehilangan pula sesuatu yang amat menyakitkan dan meninggalkan kesan yang amat mendalam...

Wednesday, July 15, 2009

Program Khemah Kerja Sehari Unit Beruniform. Seronok budak-budak ni rupanya ikuti program mcm ni, tak pe tahun depan cikgu anjurkan lagi
Bersama rakan-rakan semasa sambutan hari guru 2009, dari kiri Dila, Zanariah,Fatimatuzzahrah,aku, Sherry, Pn. Rahmah dan Cikgu Kamarudin

Thursday, July 2, 2009

Gambar kelas 5A2 tahun 1992. Bila la agaknya nak jumpa kawan2 lama ni.....
Hari Perkahwinan 29 Mei 1999. Saat paling manis dan bahagia dalam hidup.
Hari pertunangan 15 Mei 1998
Bersama arwah nenek, orang yang paling kusayangi. Yang banyak mengajar tentang kehidupan, berkorban apa saja untuk kami. Orang yang bersengkang mata mencari sesuap nasi dan menyekolahkan kami. dalam diam sudah 12 tahun dia meninggalkan aku. Semoga arwah tenang di sana...Al-fatihah

Sunday, June 21, 2009


Cuti Sekolah hari tu aku balik ke kampung bersama anak-anak. Kami balik naik kereta api sbb suami aku tak dapat cuti. Anak-anak seronok naik kereta api. kalau boleh tahun depan diaorang nak blk kg dgn kereta api lg.
Semasa Pertandingan Khat sempena Majlis Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Negeri 2009 di Hotel Seri Pelangi ,Muar

Monday, June 15, 2009

Ha...ni dia anak angkat kesayangan kami sekeluarga. Nama dari kiri, Sitam, Koko dan Putih. Kesian diaorang ni anak yatim piatu, mak mereka mati semasa Tahun Baru Cina hari tu. Kalau tak de kami yang menjaga ta tahu la nasib mereka.
Gambar semasa majlis perkahwinan adik perempuan aku. Suaminya orang Sabah, tentera....sama gak la dengan suami aku tp suami aku orang Cameraon Highland, tempat sejuk..

Thursday, May 28, 2009


Tiga orang buah hati yang menceriakan hidup aku dan suami. Yang sulung Nurul Sahira, selalu inginkan perhatian lebih, suka menyakat, selalu menyakitkan hati tetapi rajin berkemas( bila inginkan sesuatu dr aku dan suami), kedua Ain Syafika, manja lebih, kuat merajuk ( mewarisi perangai ibunya kot........). Sungguhpun perangainya begitu, orangnya cukup penyayang dan prihatin. Si bongsu pulak nama Muhammad Syakir Zarif, cute orangnya dan mengambil perangai kedua2 kakaknya. Pening kepala dibuatnya ditambah dengan suami yang berjauhan tp..........hidup mesti diteruskan kerana merekalah hartaku di akhirat....

Wednesday, May 27, 2009

Esok Hari Ulangtahun Perkahwinan aku yang ke 10 . Diam tak diam dah 1 dekad kami bersama. Aku harap ikatan kami berkekalan ke akhir hayat. Terima kasih abang kerana bersabar melayani kerenah ku.
Terima kasih kepada sesiapa saja yang mengajar aku menghasilkan sebuah blog tentang kehidupan. Harapan aku semoga ada yang sudi berkongsi cerita suka dan duka tentang sebuah kehidupan